Tahniah kepada semua calon SPM 2009. SMK Intan mencapai 100% lulus dalam SPM 2009. Kedudukan dalam senarai sekolah negeri Terengganu ialah tempat ke-24 dan tempat ke-3 dalam daerah Hulu Terengganu. Gred purata sekolah ialah 3.640.
Seorang pelajar SMK Intan telah mendapat straight A's (10A). Tahniah kepada Mohd Hafiz bin Ah Talib.
Senarai Pelajar Terbaik Dalam Peperiksaan
1. Mohd Hafiz bin Ah Talib (4A+,4A,2A-) 2. Nor Amirah binti Yaani (2A+,6A,2A-,1B+) 3. Nur Nabihah binti Mustafa (2A+, 6A, 1A-, 1B) 4. Aisyah binti Mohamad (5A+, 1A, 3A-, 1B+) 5. Afifah Yasmin binti Zakaria (5A-, 1A, 4A-, 1B+) 6. Shahriman bin Ariffin (3A+, 3A, 3A-, 1B) 7. Fatin Nur Atikah binti Abdul Razak (3A-, 4A, 1A-, 2B) 8. Nur Rahimah Syazwani bintiMat Husin (4A+, 2A, 2A-, 1B+, 1B) 9. Nurul Athirah binti Aripin (2A-, 2A, 5A-, 1B) 10. Mohammad Syamsul Kamal bin Salleh (2A+, 2A, 4A-, 2B+, 1B)
Tahniah sekali lagi kepada semua calon SPM 2009 serta semua guru SMKINTAN!
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 9 Mac 2010. Sempena sambutan ini satu perarakan yang disertai oleh Badan Uniform telah diadakan. Semua Unit Badan Beruniform seperti Kadet Polis, Pengakap dan lain-lain wajib menghantar wakil untuk menyertai perarakan ini. Perarakan ini juga disertai oleh Pelajar-pelajar Intan Istimewa (PKIBP). Selain daripada perarakan ini terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan di Dewan Intan. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan syarahan dan nasyid. Apa yang diharapkan aktiviti yang diadakan dapat memberi faedah kepada warga Intan.
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sekolah Bestari Negeri Terengganu 2010
The News -
Latest News
Ditulis Oleh Admin
Tuesday, 02 March 2010
Satu Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sekolah Bestari Negeri Terengganu 2010 telah diadakan pada 1Mac 2010 bertempat di SMK Matang. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pn. Hjh Zainab bt Abd Rahman selaku Pengetua SMK Tengku Ampuan Intan serta Cik Norizan bt Mohd Razali, Guru Penyelaras Bestari sekolah. Antara sekolah yang terlibat adalah SM Sains Dungun, SM Sains Sultan Mahmud, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Matang serta SMK Tok Jiring. SMK Tok Jiring dan SMK Tengku Ampuan Intan dijemput berdasarkan pencapaian 5 bintang SSQS pada tahun 2008. 4 buah sekolah bestari telah membentangkan laporan pencapaian 2009 dan perancangan 2010. Mesyuarat juga membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembestarian sekolah. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kerana telah menjemput SMK Tengku Ampuan Intan untuk menjadi ahli.
Lawatan Penanda Aras Dari Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman
The News -
Latest News
Ditulis Oleh Admin
Tuesday, 26 January 2010
Pada 17 hb Januari 2010, SMK Tengku Ampuan Intan telah dikunjungi oleh Pegawai Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. SMK INTAN telah dipilih kerana keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan daripada aspek kurikulum, ko kurikulum dan iklim penyungguhan.