Utama arrow Profile Intan arrow Sejarah Intan
   
   
 
Sejarah Intan PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Admin   
Sunday, 17 February 2008

 

Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah Inggeris, dan diberi nama TENGKU AMPUAN INTAN SCHOOL (TAIS ), mengambil sempena nama gelaran    TENGKU INTAN ZAHARAH BINTI ALMARHUM TENGKU SETIA RAJA, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu ) pada tahun 1944.Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah Menengah Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964 sebuah sekolah menengah kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk beberapa tahun , kedua-dua  sekolah menengah ini bersaing antara satu sama lain dengan dua orang Guru Besar / Pengetua yang berlainan.

 

 	Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
 Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
 D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K. (Perak), D.K. (Pahang).
(21 September 1965 – 20 September 1970)
       
Tuanku Intan Zaharah binti Al-Marhum Tengku Seri Setia Raja

 

 Tuanku Intan Zaharah binti Al-Marhum Tengku Seri Setia Raja
D.K., D.M.N., S.S.M.T., S.P.M.T.
TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU

Bagaimanapun, pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di bawah seorang pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan Inggeris)dan dinamakan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMTAI).Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah ditukar kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan  (SMKTAI) pada tahun 1997.Sekolah menengah ini, pada mulanya menampung pelajar-pelajar dari 30 buah sekolah ‘feeder’ (Feeder School) dari semua mulim di daerah Hulu Terengganu.

Bagaimanapun setelah SMK Landas dibuka pada tahun1971, Smk Ajil  dan SMK Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993, mengurangkan lagi sekolah-sekolah ‘feeder’ ini kepada 12 buah sekolah sahaja.Sekolah-sekolah itu ialah SK Kuala Berang, SK Tengku Ampuan Intan, SK Telaga, SK Pauh, SK Lerek, SK Dura, SK Pasir Nering, SK Dusun, SK Bukit Gemuruh, SK Kemat, SK Padang Setar dan SK Langgar.Apabila SMK Seri Berang dibuka pada tahun dan SMK Jenagor dibuka pada tahun 2004 jumlah ‘Feeder School’ semakin berkurangan. Pada tahun 2005 hanya pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu Terengganu akan ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila SMK Tersat dibuka sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.

 

Berikut adalah senarai pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Tengku Ampuan Intan

TAIS

1955-1957     :En. Talha Abdul Rahman
1959-1959     :En. Abdul Manaf Said
1959-1960     :YAM Tengku Abdul Rahman

 

SM INGGERIS

1961-1962     :En. Hashim Jasa
1962-1964     :En. Sidek Embong
1964-1965     :En. Eng Weng Chin
1966-1966     :En. Guru Nathan
1967-1968     :En. Soh Kim Yew
1968-1970     :En. Mohan Singh

 

SM KEBANGSAAN

1964-1967   :En. Mat Don Hassan

1968-1969   : En. Mohd Mokhtar Zakaria

1969-1970   : En. Hashim Embong


 SMTAI/SMKTAI

1971-1979    :En. Hashim Embong

1980-1983    :En. Ibrahim Mamat

1984-1986    :En. Mohamad Abdullah

1986-1987    :YM Raja Alias Salim

1988-1996    :Hj. Wan Mansor Ibrahim

1996-1998    :Hj. Daud Jusoh

1998-2000    :Hj. Karim @Kassim Hassan

2001-2003    :Hj. Mohd. Nor Othman

2003-2004    :Hj. Zahari Bin Nik

2005-kini      :Pn. Hjh Zainab Bt Abd Rahman AMN,PJK

 

Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 12 May 2010 )
 
 
 
TARIKH DAN MASA
Kalendar
Pengurusan Portal
Administrator
Kenangan Intan
DSCN0716.JPG
Aktiviti Intan
Mohon Restu SPM STPM 09
 
 
 
     
     

SMK TENGKU AMPUAN INTAN

Penafian :
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Powered by Joomla!